^_^ enJoy tHe LiFe ^_^: Pesawat rempuh Kereta..

Pesawat rempuh Kereta..

~ Selasa, 11 Mei 2010


CHELMSFORD, Britain - Seorang juruterbang sempat dikeluarkan dari pesawatnya yang meletup setelah merempuh sebuah kereta di Lapangan Terbang North Weald, di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Nahas itu berlaku tengah hari kelmarin apabila pesawat satu enjin AT3 merempuh belakang kereta Volvo X60 yang sedang bergerak meninggalkan lapangan terbang tersebut.
"Dua lelaki yang berada di dalam kereta itu melihat cermin dan mendapati pesawat tersebut bergerak ke arah mereka.
"Kedua-duanya kemudian terjun dari kereta sebelum membantu mengeluarkan juruterbang berkenaan," kata seorang saksi.
Juruterbang malang itu berjaya dikeluarkan beberapa saat sebelum pesawatnya meletup.
Api yang marak berjaya dipadamkan oleh seorang anggota bomba yang kebetulan berada di tempat kejadian bagi memantau satu perlumbaan kereta dekat dengan lokasi itu.
Juruterbang tersebut mengalami kecederaan serius tetapi dia stabil selepas dimasukkan ke sebuah hospital berdekatan.
"Seorang saksi memberitahu kami bahawa pesawat itu mengalami masalah untuk mendarat dan ia merempuh bahagian belakang kereta Volvo itu selepas cuba mendarat untuk kali kedua," kata seorang pegawai bomba di lapangan terbang berkenaan, Steve Brecknell.
"Semasa kejadian kereta itu sedang meninggalkan lapangan terbang itu," tambahnya.
Seorang anggota polis, Len Cleary berkata, mereka yang terlibat dengan nahas itu semuanya bernasib baik terutamanya juruterbang berkenaan kerana kemalangan udara selalunya dahsyat dan melibatkan banyak nyawa yang terkorban.

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Catat Ulasan

..pas Baca kOmen la k..

Related Posts with Thumbnails

BannEr BloGgEr