^_^ enJoy tHe LiFe ^_^: Jun 2010
Jangan lupa klik Nuff yer...n b my follower... :)

Bersyukurkah kita yang hidup di Malaysia...???




Untuk menunjukkan keprihatinan anda..sila ltkkn banner (Gambar 1 di ats dalam blog masing2 )

~ Isnin, 7 Jun 2010 0 comments

Si gadis & Notebook..

Notebook terbaru dari samsung untuk si gadis..

Gajet yang menggunakan karakter terkenal seperti Hello Kitty, Power Puff Girls, Hanna Montana dan sebagainya sememangnya banyak dihasilkan sama ada untuk anak gadis kecil atau yang meningkat remaja.

REMAJA Jepun dan Korea sememangnya sangat gilakan gajet. Tengok sahaja telefon bimbit mereka, pelbagai bentuk dan warna dihasilkan untuk memenuhi keperluan golongan ini, terutamanya bagi anak-anak gadis yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini gajet - gajet yang terdapat di pasaran..

Samsung merupakan antara pengeluar produk elektronik yang sentiasa peka dengan keperluan 'Girls Power' dan baru-baru ini membangunkan notebook atau komputer buku khas untuk peminat-peminat patung Barbie.
Notebook Barbie yang akan melengkapkan koleksi anak-anak gadis itu mempunyai dua warna iaitu hitam dan merah jambu.

Komputer ini menggunakan skrin bersaiz 11.6 inci dengan resolusi maksima 1366 x 768, RAM 4 Gigabait (GB), pemproses 1.3Ghz Intel Core 2 Duo, cakera keras (HDD) 500 GB dan kad grafik GMA4500MHD.
Bagi hubungan wayarles pula, anda boleh menggunakan kemudahan WiFi dan Bluetooth yang disediakan dalam komputer ini.

Komputer ini menggunakan bateri sembilan sel yang mampu memberikan kuasa sehingga sembilan jam dan beratnya hanya 1.36 kilogram dengan tebal 2.54 sentimeter, yang sangat sesuai untuk dibawa ke mana sahaja.

Notebook ini mempunyai kamera web 1.3 megapiksel yang dipasang kerana ia sudah tentu memudahkan panggilan video dilakukan oleh ibu atau bapa mereka ketika di pejabat atau luar negara. Bagaimanapun, memandangkan komputer ini mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi, mungkin juga ia lebih sesuai digunakan untuk anak remaja atau ibu mereka sendiri.

Setakat ini, notebook Samsung X-Series Barbie Special Edition ini hanya dipasarkan di Korea Selatan dengan harga kira-kira RM3,620.

~ Jumaat, 4 Jun 2010 4 comments

Related Posts with Thumbnails

BannEr BloGgEr