^_^ enJoy tHe LiFe ^_^: Kamera dua Skrin >> Samsung 2View PL151 & Samsung 2View PL101

Kamera dua Skrin >> Samsung 2View PL151 & Samsung 2View PL101

~ Isnin, 10 Mei 2010
Dalam post yang sebelum ni...paen dah men'REVEAL'kan mengenai laptop dua skrin..Kali ni paen nak ceritakan mengenai Kamera Dual Screen pulak...


Kelainan pada reka bentuk dan aplikasi kamera digital, dua model Samsung 2View PL151 dan PL101 adalah dinantikan bagi penggemar kamera digital yang menantikan kemunculan kamera yang menampilkan kelainan dari pelbagai sudut dan menjadikannya kamera digital pintar yang hebat.

Inilah kelebihan Samsung 2View PL151 dan PL101 yang tidak terdapat pada model kamera digital pintar lain. Ia mempunyai dua skrin LCD di hadapan dan di belakang yang menjadikannya kamera pintar yang mesti dimiliki.

Menurut Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd., Yu Jai Sul, selain membantu pengguna mengambil gambar sendiri tanpa masalah, kedua-dua model itu juga boleh merakamkan foto secara automatik apabila dua orang yang berada dalam bingkai gambar sudah mendekatkan kepala..

"Ia juga dilengkapi ciri popular gambar senyuman Samsung yang akan mengambil gambar secara automatik apabila senyuman dikesan.

"Selain itu, ia juga menyediakan mod kanak-kanak yang memainkan lagu untuk menarik perhatian kanak-kanak serta animasi yang terbina dalam bagi menangkap gambar bertema," katanya.

Selain itu katanya, ciri menarik lain model Samsung 2View berkenaan ialah lensa sudut lebarnya iaitu 27 milimeter (mm) dengan 5x zoom optikal.


"Sama ada anda berada di luar rumah, mengambil gambar pemandangan atau sekumpulan kawan di sekeliling meja, ia mampu memberikan gambaran yang lebih lebar berbanding gambar sebenar.

"Oleh itu, ia sesuai untuk digunakan ketika merakamkan pemandangan yang cantik, majlis perkahwinan dan apa juga keadaan tanpa perlu berada di belakang kamera," katanya mengenai kamera yang dilengkapi pengenalan wajah pintar itu.

Lebih hebat lagi, model Samsung terbaru itu mampu berada dalam keadaan condong sehingga tujuh peratus tanpa perlu bimbang ia terjatuh kerana kawalan keseimbangan yang ada padanya sehingga tidak perlu menggunakan kaki tiga.

Jelas Jai Sul, melalui kamera 2View PL151 dan PL101 dengan masing-masing 12.4 dan 12.2 megapiksel, ia menjanjikan pelbagai ciri kemas yang memudahkan pengguna merakamkan saat paling manis bersama keluarga dan rakan-rakan.

"Pengguna kini boleh menggunakan LCD depan bersaiz 1.5 inci untuk membingkaikan video dan juga gambar digital. Ini kerana melalui PL151, pengguna boleh menikmati rakaman video 720p pada 30 gambar sesaat (fps).

"Adaptor pilihan HDMI pula membolehkan pengguna menikmati video berdefinisi tinggi (HD) dan imej pegun digital menggunakan HDTV dan HD," katanya.




Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Catat Ulasan

..pas Baca kOmen la k..

Related Posts with Thumbnails

BannEr BloGgEr