^_^ enJoy tHe LiFe ^_^: Lelaki pakai tuala wanita
Jangan lupa klik Nuff yer...n b my follower... :)

Lelaki pakai tuala wanita

~ Khamis, 20 Mei 2010


KUALA LUMPUR 19 Mei - Penyeludup dadah tidak pernah kering idea untuk memperdayakan pihak berkuasa daripada menghidu perbuatan jenayah mereka.
Terbaru, seorang lelaki warga Malaysia sanggup memakai tuala wanita berisi dadah jenis syabu untuk diseludup ke Indonesia.


Namun, helah lelaki itu akhirnya terbongkar apabila dia ditangkap oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta, semalam.
Sumber polis memberitahu, suspek ditahan oleh pihak berkuasa lapangan terbang terbabit selepas berada dalam keadaan mencurigakan sebaik sahaja tiba dari Kuala Lumpur menaiki sebuah pesawat.
Beliau berkata, ujian X-ray yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia memakai sehelai tuala wanita di celah kelangkang seluarnya.


"Hasil pemeriksaan, pihak berkuasa menemui satu bungkusan plastik berisi 480 gram syabu yang dilekatkan pada tuala wanita yang dipakai suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, suspek juga menyembunyikan 0.4 gram serbuk dadah jenis heroin dalam sarung telefon bimbitnya.
Beliau berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu sudah lama menjadi perhatian pihak berkuasa Indonesia kerana pernah dikesan empat kali menyeludup dadah ke negara itu tetapi berjaya melepaskan diri.
"Suspek ditahan setelah pihak berkuasa curiga melihat tubuhnya yang tidak stabil seolah-olah di bawah pengaruh dadah," katanya.


Sumber polis berkata, penahanan suspek adalah kes kedua rakyat Malaysia ditangkap kerana cuba menyeludup dadah ke Indonesia pada bulan ini.
Jumaat lalu, seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Chuin Hwa, 27, ditahan di Jakarta bersama dadah seberat 5.6 kilogram bernilai lebih RM100,000 disembunyikan dalam bagasinya.

Comments
5 Comments
    
    

5 comments:

NiZaM Limited berkata...

dah la seludup..tp tak bijak.
ade ke pakai kotex. dah tak bijak tu sampai mati la camtu..

@zP@eN_126 berkata...

sebab xbijak la dia buat keje bodoh camtu...

DaKMuO berkata...

Hahaha.. pasni.. Lelaki pakai bra.. pakai G-String.. mesti hebat :D

Jom Terjah > http://dakmuo.frenzyfm.my

ADMIN berkata...

bkan stakat pakai bra..,,ntah2 lelaki nnti akan pakai semua bnda yang wanita pakai.. :(

Anak ku tabiat suka pakai tuala wanita berkata...

Spa2 bleh pkai tuala wanita klau nk try..xda spe yg mlarang kita nk pkai ap2 pn

Catat Ulasan

..pas Baca kOmen la k..

Related Posts with Thumbnails

BannEr BloGgEr