Koyak cuping telinga..
Jumaat, 14 Mei 2010
Labels:
Ragam Manusia
~
KUALA LUMPUR 13 Mei - Kekejaman peragut di ibu negara tidak pernah mengira mangsa. Mereka sanggup bertindak ganas asalkan dapat memperoleh apa sahaja barang berharga.
Seorang pejalan kaki wanita berusia 52 tahun merupakan mangsa kekejaman terbaru peragut baru-baru ini apabila kedua-dua cuping telinganya terkoyak selepas subang yang dipakainya diragut.
Kejadian berlaku pukul 5 petang di Jalan Maarof, Bangsar pada Jumaat lalu ketika mangsa sedang berjalan kaki seorang diri.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Talib berkata di sini hari ini, susulan daripada kejadian itu, polis yang melancarkan gerakan memburu penjenayah terbabit menahan dua lelaki berusia 24 dan 35 tahun bagi membantu siasatan.