Guru cabul lima murid..
Jumaat, 21 Mei 2010
Labels:
Ragam Manusia
~
Diajak tonton filem lucah sebelum dirogol!!!
SIBU: Seorang guru lelaki didakwa mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Bungan, Dalat, kira-kira 80 kilometer dari sini, ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka.
Difahamkan, kegiatan guru berusia 32 tahun itu bermula Mac lalu sebelum kejadian terbaru dilaporkan berlaku di kediamannya pada minggu lalu membabitkan seorang murid Tahun Enam yang juga adik iparnya.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu petang kelmarin, selepas semua mangsa bersama guru besar sekolah berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.“Dalam kejadian terbaru 8 Mei lalu, seorang mangsa mendakwa suspek membawanya ke kuarters guru berdekatan sekolah bagi menonton filem lucah bersama sebelum dia dirogol. Difahamkan, kegiatan guru berusia 32 tahun itu bermula Mac lalu sebelum kejadian terbaru dilaporkan berlaku di kediamannya pada minggu lalu membabitkan seorang murid Tahun Enam yang juga adik iparnya.
“Bagaimanapun pemeriksaan yang dilakukan ke atas mangsa di Hospital Sibu pagi tadi (semalam) mendapati tidak berlaku sebarang unsur rogol dengan kita meminda kes berkenaan kepada cabul,” katanya ketika dihubungi.
Suspek yang bertugas hampir 10 tahun di sekolah itu dikatakan berkahwin dengan isterinya yang juga bekas anak muridnya tahun lalu.
Shafie berkata, empat lagi mangsa mendakwa dicabul suspek selepas dipanggil menemuinya di makmal sekolah, namun diberi amaran agar tidak memaklumkan kejadian berkenaan kepada guru lain.
“Perbuatan suspek hanya diketahui selepas seorang mangsa yang juga adik iparnya memaklumkan kejadian kepada seorang guru wanita sekolah berkenaan awal minggu lalu.
“Kita akan meminta bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah bagi menahan suspek untuk siasatan berikutan kawasan berkenaan terletak di bawah jagaan pejabat polis berkenaan,” katanya.
Sementara itu Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang berkata, pihaknya sudah menerima laporan dari Pegawai Pelajaran Daerah Dalat semalam dan menyerahkan kes itu kepada polis.
Katanya, jika didapati bersalah, JPN akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung guru berkenaan sebelum boleh membuangnya.