^_^ enJoy tHe LiFe ^_^
Jangan lupa klik Nuff yer...n b my follower... :)

OST AdaMaya - Yang Terindah




Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran




Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah








~ Khamis, 13 Mei 2010 0 comments

Kelebihan suara seorang ibu...


Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tidak dapat ditandingi....

SINGAPURA: Satu penyelidikan terbaru mendapati, suara ibu sudah cukup untuk menenangkan anak mereka, penemuan yang pasti memberi kelegaan dan mengurangkan rasa bersalah ibu bekerja kerana hanya dapat berhubung dengan anak melalui telefon pada kebanyakan masa. 



Kajian dijalankan penyelidik Amerika yang ingin mengetahui bagaimana interaksi suara memberi kesan kepada orang tersayang, menguji paras hormon penenang oxytocin ke atas kanak-kanak perempuan yang sedang menghadapi tekanan.

Seramai 61 kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh dan 12 tahun, diminta mengaturkan satu persembahan di hadapan orang tidak dikenali dan kemudian dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Satu daripada kumpulan itu ditenangkan oleh ibu yang hadir selepas persembahan, kumpulan kedua bercakap dengan ibu masing-masing hanya melalui telefon manakala kumpulan ketiga tidak berinteraksi langsung dengan ibu mereka.

Hormon tekanan kanak- kanak berkenaan dipantau sepanjang proses itu dan penyelidik mendapati, kanak-kanak yang ditenangkan sama ada secara fizikal atau dengan suara, mengeluarkan paras oxcytocin yang sama, berbanding kumpulan kanak-kanak yang tidak berinteraksi dengan ibu mereka.

“Hasil kajian ini menunjukkan mereka yang kurang sokongan daripada keluarga dan rakan akan mempunyai tahap kesihatan yang lebih rendah.

“Interaksi suara mungkin mampu memberi kelegaan yang sama dengan hubungan secara bersemuka, termasuk sentuhan,” kata penyelidik. 






~ 0 comments

Wanita paling seksi di DUNIA..!!!




LOS ANGELES: Nama Marissa Miller mungkin tidak diketahui ramai namun jelitawan Amerika Syarikat itu kini secara rasminya adalah wanita paling seksi di dunia bagi 2010.


Supermodel itu yang sering tersiar dalam edisi pakaian mandi majalah Sports Illustrated menjuarai tinjauan antarabangsa majalah FHM selepas meraih sokongan lebih sejuta undi.


Tahun lalu, beliau ‘mencuri’ gelaran wanita paling seksi di dunia daripada aktres terkenal, Megan Fox. Selain kerap menghiasi muka depan majalah, Marissa juga adalah duta motosikal Harley-Davidson dan firma pakaian dalam wanita, Victoria’s Secret. 


Berusia 31 tahun dan berkahwin dengan pencipta lagu, Griffin Guess, jelitawan itu berasal dari Santa Cruz, California dan menjadi model sejak berusia 16 tahun. 

Anehnya, sekalipun profil beliau begitu mengagumkan selepas diberi liputan oleh majalah tersohor termasuk Vogue, Marissa belum lagi mencapai status seperti jelitawan lain, lapor Daily Mail. 

Bagaimanapun, itu mungkin tidak penting baginya selepas memenangi tinjauan FHM membabitkan pembaca majalah itu di 24 negara termasuk Amerika, Britain, Australia, China, Perancis, India dan Afrika Selatan. 
Penyanyi Cheryl Cole, anggota kumpulan ‘Girls Aloud,’ menang kedudukan teratas bagi kategori wanita paling seksi di Britain dengan Marissa di tempat ketiga. 

Pengarang FHM UK, Colin Kennedy, menjelaskan tarikan supermodel itu dengan berkata: “Marissa memiliki tarikan seks yang menjadi tumpuan lelaki di seluruh dunia. 

“Sokongan kepadanya agak besar dari 20 negara. Beliau menerima undi terbanyak berbanding orang lain. Oleh itu, Marissa secara rasminya adalah wanita paling seksi di dunia.” 

Bagaimanapun, Marissa yang gemar dengan sukan luncur air, enggan bermegah dengan berkata: “Saya gembira dengan perkara itu tetapi tidak mahu terlalu bermegah dengannya. Lagipun, saya hanya seorang model bukannya orang yang berjaya menemui penawar barah.” 

Marissa yang bakal menunjukkan aksinya di depan kamera bagi FHM UK lewat tahun ini adalah antara 42 jelitawan Amerika dalam senarai 100 paling seksi di Britain. 

sumber
< Berita Harian >

~ Rabu, 12 Mei 2010 1 comments

Pesawat rempuh Kereta..



CHELMSFORD, Britain - Seorang juruterbang sempat dikeluarkan dari pesawatnya yang meletup setelah merempuh sebuah kereta di Lapangan Terbang North Weald, di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Nahas itu berlaku tengah hari kelmarin apabila pesawat satu enjin AT3 merempuh belakang kereta Volvo X60 yang sedang bergerak meninggalkan lapangan terbang tersebut.
"Dua lelaki yang berada di dalam kereta itu melihat cermin dan mendapati pesawat tersebut bergerak ke arah mereka.
"Kedua-duanya kemudian terjun dari kereta sebelum membantu mengeluarkan juruterbang berkenaan," kata seorang saksi.
Juruterbang malang itu berjaya dikeluarkan beberapa saat sebelum pesawatnya meletup.
Api yang marak berjaya dipadamkan oleh seorang anggota bomba yang kebetulan berada di tempat kejadian bagi memantau satu perlumbaan kereta dekat dengan lokasi itu.
Juruterbang tersebut mengalami kecederaan serius tetapi dia stabil selepas dimasukkan ke sebuah hospital berdekatan.
"Seorang saksi memberitahu kami bahawa pesawat itu mengalami masalah untuk mendarat dan ia merempuh bahagian belakang kereta Volvo itu selepas cuba mendarat untuk kali kedua," kata seorang pegawai bomba di lapangan terbang berkenaan, Steve Brecknell.
"Semasa kejadian kereta itu sedang meninggalkan lapangan terbang itu," tambahnya.
Seorang anggota polis, Len Cleary berkata, mereka yang terlibat dengan nahas itu semuanya bernasib baik terutamanya juruterbang berkenaan kerana kemalangan udara selalunya dahsyat dan melibatkan banyak nyawa yang terkorban.

~ Selasa, 11 Mei 2010 0 comments

Suami pukul isteri lambat masak mi


KENINGAU 9 Mei - Hanya kerana lewat menyiapkan mi segera apabila diarahkan, seorang wanita telah ditumbuk, ditendang dan dipijak oleh suaminya yang berang di rumah pasangan itu di Kampung Kota Ayangan dekat sini kelmarin.
Malah, apa yang lebih menyedihkan, mangsa turut disiram dengan air panas selain pakaiannya dikerat dengan parang oleh suspek sehingga menyebabkan wanita itu berbogel.


Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, suspek yang berusia 38 tahun telah ditahan selepas isterinya membuat laporan polis semalam.
"Dalam laporan yang dibuat mangsa, dia mendakwa suaminya bergegas ke dapur dan menyimbah mi segera yang sedang mendidih ke atas badannya sehingga menyebabkan dadanya melecur.
"Suspek yang merupakan seorang petani kemudian dikatakan mengejar mangsa yang melarikan diri ke luar rumah dan menarik rambut mangsa selain menumbuk dan memijak mangsa.


"Tidak cukup dengan itu, mangsa juga mendakwa ditarik naik ke atas rumah sebelum diugut dengan sebilah parang serta pakaian mangsa dikerat sedikit demi sedikit dengan parang," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian dada, paha dan hampir keseluruhan anggota badan akibat dipijak, kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Keningau.






~ Isnin, 10 Mei 2010 3 comments

Kamera dua Skrin >> Samsung 2View PL151 & Samsung 2View PL101

Dalam post yang sebelum ni...paen dah men'REVEAL'kan mengenai laptop dua skrin..Kali ni paen nak ceritakan mengenai Kamera Dual Screen pulak...


Kelainan pada reka bentuk dan aplikasi kamera digital, dua model Samsung 2View PL151 dan PL101 adalah dinantikan bagi penggemar kamera digital yang menantikan kemunculan kamera yang menampilkan kelainan dari pelbagai sudut dan menjadikannya kamera digital pintar yang hebat.

Inilah kelebihan Samsung 2View PL151 dan PL101 yang tidak terdapat pada model kamera digital pintar lain. Ia mempunyai dua skrin LCD di hadapan dan di belakang yang menjadikannya kamera pintar yang mesti dimiliki.

Menurut Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd., Yu Jai Sul, selain membantu pengguna mengambil gambar sendiri tanpa masalah, kedua-dua model itu juga boleh merakamkan foto secara automatik apabila dua orang yang berada dalam bingkai gambar sudah mendekatkan kepala..

"Ia juga dilengkapi ciri popular gambar senyuman Samsung yang akan mengambil gambar secara automatik apabila senyuman dikesan.

"Selain itu, ia juga menyediakan mod kanak-kanak yang memainkan lagu untuk menarik perhatian kanak-kanak serta animasi yang terbina dalam bagi menangkap gambar bertema," katanya.

Selain itu katanya, ciri menarik lain model Samsung 2View berkenaan ialah lensa sudut lebarnya iaitu 27 milimeter (mm) dengan 5x zoom optikal.


"Sama ada anda berada di luar rumah, mengambil gambar pemandangan atau sekumpulan kawan di sekeliling meja, ia mampu memberikan gambaran yang lebih lebar berbanding gambar sebenar.

"Oleh itu, ia sesuai untuk digunakan ketika merakamkan pemandangan yang cantik, majlis perkahwinan dan apa juga keadaan tanpa perlu berada di belakang kamera," katanya mengenai kamera yang dilengkapi pengenalan wajah pintar itu.

Lebih hebat lagi, model Samsung terbaru itu mampu berada dalam keadaan condong sehingga tujuh peratus tanpa perlu bimbang ia terjatuh kerana kawalan keseimbangan yang ada padanya sehingga tidak perlu menggunakan kaki tiga.

Jelas Jai Sul, melalui kamera 2View PL151 dan PL101 dengan masing-masing 12.4 dan 12.2 megapiksel, ia menjanjikan pelbagai ciri kemas yang memudahkan pengguna merakamkan saat paling manis bersama keluarga dan rakan-rakan.

"Pengguna kini boleh menggunakan LCD depan bersaiz 1.5 inci untuk membingkaikan video dan juga gambar digital. Ini kerana melalui PL151, pengguna boleh menikmati rakaman video 720p pada 30 gambar sesaat (fps).

"Adaptor pilihan HDMI pula membolehkan pengguna menikmati video berdefinisi tinggi (HD) dan imej pegun digital menggunakan HDTV dan HD," katanya.





~ 0 comments

Canova Dual Touch Screen Laptop

Italian company V12 Designs telah menghasilkan versi terbaru ‘Canova’ yang mana ia merupakan dual LCD laptop. Ia mempunyai dua skrin laptop dan yang menariknya, kedua-duanya adalah touch screen. So strive hard in your work if you want to have a doubled screen laptop. There are some pic of dis smart laptop..






$o...kalo ingin nk memiliki laptop dual screen ni...kumpul la duit k.n keja rajin2...


~ 1 comments

HAPPY MOTHERS DAY














I LOVE MY MOM...ROKIAH BT JONI FOREVER..GOD BLESS U  MOM..

~ Ahad, 9 Mei 2010 0 comments

..Goliath - Masih Disini Masih DenganMu...

My Feveret Song


~ Jumaat, 30 April 2010

FIFA World Cup 2010..


~ Khamis, 29 April 2010

Theme Song World Cup 2010





K'Naan - Wavin' Flag



LIRIK “WAVIN FLAG”

When i get older, they’ll call me freedom
Just like a Waving Flag.

[Chorus]
When I get older, I will be stronger,
They’ll call me freedom, just like a Waving Flag,
And then it goes back, and then it goes back,
And then it goes backBorn to a throne, stronger than Rome
but Violent prone, poor people zone,
But it’s my home, all I have known,
Where I got grown, streets we would roam.
But out of the darkness, I came the farthest,
Among the hardest survival.
Learn from these streets, it can be bleak,
Except no defeat, surrender retreat,So we struggling, fighting to eat and
We wondering when we’ll be free,
So we patiently wait, for that fateful day,
It’s not far away, so for now we say

[Chorus]

So many wars, settling scores,
Bringing us promises, leaving us poor,
I heard them say, love is the way,
Love is the answer, that’s what they say,
But look how they treat us, Make us believers,
We fight their battles, then they deceive us,
Try to control us, they couldn’t hold us,
Cause we just move forward like Buffalo Soldiers.

But we struggling, fighting to eat,
And we wondering, when we’ll be free
So we patiently wait, for that faithful day,
It’s not far away, but for now we say,

[Chorus] 2x

(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And everybody will be singing it
(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And you and I will be singing it
(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And we all will be singing it
(Ohhh Ohh Ohh Ohh)

[Chorus] 2x

When I get older, when I get older
I will be stronger, just like a Waving Flag,
Just like a Waving Flag, just like a Waving flag
Flag, flag, Just like a Waving Flag



~

Aku & Dia... Selamanya..Tapi Bagaimana???

Kali ni aku nak bagi pandangan ckit la pasal apa yang perlu dalam sesebuah perhubungan ni...Aku tak nak merapu banyak - banyak..So..aku bagi ckit la tip kat sini...Ni juz tip yang aku rasa PERLU ada dalam sesebuah perhubungan...

1. KEJUJURAN
ini merupakan perkara yang paling penting dalam sesebuah perhubungan..Dis is bcoz..,lelaki perlu ingat bahawa perempuan ni tak suka ditipu apatah lagi diperdaya.....Korang yang lelaki perlu tahu yer...perempuan ni, sekali diorang ditipu mean susah untuk diorang percayakan korang lagi...Tapi aku taklah tujukan untuk lelaki saja..Perempuan pun perlu jujur dan jangan cuba untuk menipu kaum lelaki ni..diorang juga sama seperti perempuan cuma diorang ni lebih ego sedikit..Ni hanya pandangan aku jer...

2. KESETIAAN

Haaa...korang jangan ingat setia tu x penting k..ni pun perkara yang paling penting dalam hubungan...Kalu dah korang tak jujur dengan pasangan korang, tak diragui lagi memang korang bukanlah seorang yang setia...Jadi aku nak pesan sikit kat sini, korang cubalah untuk setia k..Korang perlu ingat, apa yang korang dapat kalau korang main kayu tiga dengan pakwe o makwe lain..
ada dapat apa2 ker??..Jadi tepuk dada tanya selera yer...

3. SALING memPERCAYAI

Bagi sesetengah orang, diorang pandang remeh...Selalunya perkara ni la yang boleh menyebabkan ribut tofan kat lam perhubungan....Tapi apa yang penting adalah kedua2 pihak tu sendiri..Kalau sorang je yang bagi kepercayaan dan sorang lagi memperlekehkan kepercayaan tersebut..hmm alamatnya korang tau la akibatnya nanti...Jadi korang kena ingat ye..dua2 menkan peranan yang penting untuk menjaga sesebuah perhubungan tu k..

4. TERIMA DIRINYA SEADANYA
..Ni pun antara yang terpenting..Korang perlu tanya diri korang..Kenapa dulu korang ngorat dia..Naper korang mik dia jadi pasangan korang?? Haaa..ni ramai yang buat tak kisah jer...Bila dah berbulan2 bertahun2 kapel mulalah korang buat perangai..Mula2 korang cakap itulah..inilah..macam semuanya xkena..sedangkan benda tu sering korang wat tym mula2 kenal dulu...hmm..tu tandanya korang dah bosan kot..Pesan aku janganlah korang lukakan perasaan pasangan korang..Kalo dapat yang memang xde perasaan punya ok la..Tp kalo yang mmg jiwa cepat tersentuh..?? Ingat yer...Kalo korang wat jugak x mustahil korang akan trima balik apa yang korang buat kt org lain...

be continue...


~ Isnin, 26 April 2010

$eniman Agung..P.Ramlee..























Aku minat jugak kat citer P.Ramlee ni..Banyak lawak...Lagipun xpernah rasa bosan kalau tengok berulang kali...Mantap & Hebat...Jauh beda dari cerita2 sekarang nih..Malas a nak merapu..hoPe kOrang enjoy k..




~ Khamis, 22 April 2010 0 comments

..mY oLd SkOoL..SMKA Tun Ahmad Zaidi a.k.a TUNAZ...

Al-itqan fil amal



SEKOLAH KAMI YANG UNGGUL BERDIRI MEGAH
DI ATAS PAJI-PANJI IKRAR SATU UMMAH
BERJUANG BELAJAR BERPAKSIKAN SATU FIKRAH
UNTUK KEJAYAAN DIRI DAN JUGA SEKOLAH

AYUH KAWAN KITA TEKADKAN KETAQWAAN
JADILAH INSAN YANG BERGUNA DAN BERIMAN
MENDAKAP KESUNGGUHAN MELAHIRKAN KETRAMPILAN
MENYAHUT CABARAN ANAK-ANAK WAWASAN

SEKOLAH KAMI MENUJU KEJAYAAN
MEMBUKA JALAN KE ARAH ILMU PENGETAHUAN
BERILMU, BERAMAL TONGGAK KEHIDUPAN
SETIAP INSAN ILTIZAMKAN KECEMERLANGAN

'AL-ITQAN FIL AMAL' MENJADI SATU WADAH
BERJUANG, BERJIHAD MENTAMADDUNKAN UMMAH
DIIRINGI DOA, BERTAWAKAL PADA ALLAH
(KEJAYAAN KAMI JADI MATLAMAT SEKOLAH)
3X



~ Isnin, 19 April 2010

NADIKU...Sabhi Saddi.. Luv di$ SonG..


~

Dalam Kenangan...Achik Spin..

Baru- baru ni kita telah dikejutkan dengan pemergian vokalis kumpulan spin iaitu Achik spin...Ni kumpulan fevret aku masa kecik2 dulu... Kali ni aku nak kongsi ckit kenangan arwah tinggalkan dalam dunia seni ni..Kat bawah ni aku kongsi sikit gambar2 arawah dan lagu-lagu arwah yang feymes satu ketika dulu...Al-Fatihah buat arwah dan semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..


















Lagu kumpulan Spin yang layannnn...

















~

...Dalam Kenangan...atuk terSayang..



Tahun 2009 merupakan tahun yang kitorang seluruh keluarga xakan lupakn...kerana pada bulan Disember tahun lepas...atuk kitorang telah pergi buat selamanya....yang paling menyedihkan lagi apabila disaat penhujung hayatnya...tiada kami disisinya....Dia telah meninggal dunia di semasa kunjungannya ke Mekah untuk menunaikan Haji...Tetapi..hasratnya tidak kesampaian untuk melakukan haji kerana dia telah kembali ke rahmatullah 3 hari sebelum tibanya masa menunaikan haji...Disana, dia hanya ditemani isterinya (nenek ku) dan anak sulungnya serta isteri (anjang)....Aku merasa sangat sedih kerana kali terakhir aku bertemu dengan arwah adalah semasa majlis wida...Itupun hanya bersalam jer...Dan paling aku xdapat lupakn semasa aku duduk2 bersembang dengannya...Tiba2 hari tu dialognya berbeza dari hari yang lain...Dia siap tanya aku lagi esok hari apa...aku pun jawabla hari jumaat..terus arwah dia cakap...esok dia akan pergi...maksudnya..pergi untuk selamanya...Tp aku senyum n diam jer...Pastu dia tanya lagi...bila aku nak kawin..aku pun cakap, awal lagi la nek...Terus dia jawab, nanti dia xsempat tengok aku kawin n xda massa aku kawin...Punya sedih aku masa tu...Tp aku diam jer..Aku juz ckp ngan dia..kenapa cakap camtu..Ada ba atuk nanti...Satu lagi saat aku pernah da dgn atuk aku tym abg aku bawak dia p beli kasut utk p mekah...Aku tgk atuk aku senyum jer...hepi sangat wajah dia..dan itu jugak kali terakhir aku mkn lua ngan atuk aku....dia siap pesan kt abg n kakak ipar aku tym dalam keta supaya jangan lambat sangat pegi lawat dia kat mekah...atuk..naper ckp camtu.. itu saat aku dengannya...Kzen aku pun ada crita gak..Tym dia kol atuk aku, atuk aku siap gtau lagi xlama lagi dia nak pergi jauh...kzen aku yang spons atuk aku g mekah...Kami redha atas pemergiannya...Semoga dia ditempatkan bersama2 orang yang bertakwa..Al-Fatihah.

Ni gambar kenangan arwah atuk aku..









Love u so much atuk 


~ Jumaat, 16 April 2010

...pEnanTian..

kalo Korang TeRer sangat kan..Coba koRang fahaMi citer  kat poSt aku kali ni

Kat luar opis nie ...tapi aku yang kt dalam ni ..Tp bukan itu aku nak cita kt
 korang ...Sejak akhir2 ni kan...aku betul2 rasa ...Macam2 perkara yang berlaku...aku rasa rasa mcm nk ...Aku pun xtau naper...Jangan ...................
Aku pun xtahu per aku cita ni..tp aku phm..n korang mesti xphm kan...Apa2 pon....the life k..see U again kat Post yang akan datang...

_AzPaen_

~

Related Posts with Thumbnails

BannEr BloGgEr