^_^ enJoy tHe LiFe ^_^: 2010
Jangan lupa klik Nuff yer...n b my follower... :)

Cinta Hati Aku.... (^_^")


ehem....ehem...eyh..lupak lak nak bagi salam...
Assalammualakum.....erm..arini aku nak citer sal per ek..tetiba lak teringat kat cinta hati aku kt rumah tu....haaaaaaa..mesti korang pikir len kan....xla...cinta hati aku tu anak buah aku ler....nama dia Raudhatul Husna..rindu sangat lak kat dia.......Dia ingt kt aku ke x..??hihi..macam manala dia nk ingt..umo pon baru 2 tahun..hihi....Dia anak abg aku merangkap anak buah pertama aku...Dia comel..cerdik..nakal kadang2 dan tak pandai penat bila main....husna ni suka nyanyi2....Antara lagu dia pandai nyanyi..,sebelum cahaya,jahat,jangan nakal,aku tak percaya cinta,aci - aci buka pintu, pok2 bujang lapok dan macam2 lagi..paling bez dengar dia nyanyi lagu ibu..cute sesangat.........nie aku bagi korang tengok gambar dia ...hhihi....

ni gambar kat umah..masa aku tengah main kat dia..xleh nmpk kamera..dia suka take pic :)

 ni pon masih waktu yg sama...comel kan..hihi

eh..wat pose pe nie (^_^)

menjeling nampak..satu hobi dia..menghabiskan bedak dirumah..untuk dimain..dan untuk dijadikan cam ubat bila dia nk urut kitorang..

love u husna @ Qaseh

eh...nmpk lak pampers tu...cover cepat..!!!!!!!


nak g mana tu

haus nye....

comel

senyummmmmmmmm.....

comel sangat...

nak g mana ni...jalan ker..??

p/s : nie la anak cinta hati aku..pe pendapat korang..comel kan..sampai cni jer dulu..nanti aku citer lagi..lapa lak skunk nie..


~ Khamis, 30 Disember 2010 1 comments

TOP REFERRER CONTEST...!!!

JOM RAMAI@ KITA SERTAI CONTEST TOP REFERRER Ni....!!!

Paen jumpa contest ni kat satu blog..Jom kita Usha.. :P

Anda berpeluang untuk memenangi hadiah berupa Iphone 3G 16GB dari kami dengan

menyertai “Top Referrer Contest” yang dilancarkan dari 

1 Oktober 2010 sehingga 31 Oktober 2010...

JOM KLIK LINK KAT BAWAH NIE...




~ Rabu, 6 Oktober 2010 0 comments

Contest September di belog PCH


Klik punya klik..Akhirnya Paen terJumpa Contest Nie...
Apa tunggu lagi.......Terus Grab dis OppuRtuniTy..
Rezeki da dmana-mana kan.. :) :)

Nak tahu ker Penganjur Contest nie..??
Mestila nk tau kan....

Contest ni dianjurkan oleh..
Sila KLIK bawah nie..


Paen tag diorang nie ha...
Yen kedding
Sufferdzine
Rain
Zai
mierameya

REFERRAL Paen lak...

Jadi...jom sama - sama sertai contest nie.. :)

~ Ahad, 3 Oktober 2010 0 comments

....Fanatik..Leh masuk raja lawak x nie...???

Elowww....lamanya dah xupdate2 lagi nie...kali ni nk share ckit vdeo kat bwh nie..lawak semacam jer...tp respect gak cz da kbraniaan n xmalu.. :)...jom layan.ckp banyak2 nanti korang bosan lak.. :P







hihi...enjoy x nampak video kat atas tu..nama penyanyi nya tu cikgu shida..sporting kan dia.. :P pa KOMEN korang..? boleh masuk af9 x??

~ Jumaat, 1 Oktober 2010 0 comments

Bersyukurkah kita yang hidup di Malaysia...???




Untuk menunjukkan keprihatinan anda..sila ltkkn banner (Gambar 1 di ats dalam blog masing2 )

~ Isnin, 7 Jun 2010 0 comments

Si gadis & Notebook..

Notebook terbaru dari samsung untuk si gadis..

Gajet yang menggunakan karakter terkenal seperti Hello Kitty, Power Puff Girls, Hanna Montana dan sebagainya sememangnya banyak dihasilkan sama ada untuk anak gadis kecil atau yang meningkat remaja.

REMAJA Jepun dan Korea sememangnya sangat gilakan gajet. Tengok sahaja telefon bimbit mereka, pelbagai bentuk dan warna dihasilkan untuk memenuhi keperluan golongan ini, terutamanya bagi anak-anak gadis yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini gajet - gajet yang terdapat di pasaran..

Samsung merupakan antara pengeluar produk elektronik yang sentiasa peka dengan keperluan 'Girls Power' dan baru-baru ini membangunkan notebook atau komputer buku khas untuk peminat-peminat patung Barbie.
Notebook Barbie yang akan melengkapkan koleksi anak-anak gadis itu mempunyai dua warna iaitu hitam dan merah jambu.

Komputer ini menggunakan skrin bersaiz 11.6 inci dengan resolusi maksima 1366 x 768, RAM 4 Gigabait (GB), pemproses 1.3Ghz Intel Core 2 Duo, cakera keras (HDD) 500 GB dan kad grafik GMA4500MHD.
Bagi hubungan wayarles pula, anda boleh menggunakan kemudahan WiFi dan Bluetooth yang disediakan dalam komputer ini.

Komputer ini menggunakan bateri sembilan sel yang mampu memberikan kuasa sehingga sembilan jam dan beratnya hanya 1.36 kilogram dengan tebal 2.54 sentimeter, yang sangat sesuai untuk dibawa ke mana sahaja.

Notebook ini mempunyai kamera web 1.3 megapiksel yang dipasang kerana ia sudah tentu memudahkan panggilan video dilakukan oleh ibu atau bapa mereka ketika di pejabat atau luar negara. Bagaimanapun, memandangkan komputer ini mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi, mungkin juga ia lebih sesuai digunakan untuk anak remaja atau ibu mereka sendiri.

Setakat ini, notebook Samsung X-Series Barbie Special Edition ini hanya dipasarkan di Korea Selatan dengan harga kira-kira RM3,620.

~ Jumaat, 4 Jun 2010 4 comments

40 Perkara yang Perempuan harap Lelaki mengetahuinya...

1. Don't tell us when you think other girls are hot.
2. Whenever possible, please say whatever you have to say during commercials before we get bored.
3. Mark anniversaries on the calendar.
4. We think about you all the time.
5. This is how we see it: Don’t call = Don’t care.
6. Which also means that if we don't call, take a hint.
7. We like you to be a little jealous. But overly possessive is not necessary.
8. We’re allowed to be late. You’re not.
9. Eye contact is the key.
10. Don’t take longer to get ready than we do.
11. Laugh at our jokes.
12. 3 words: honesty, honesty, honesty!
13. Girls can be groupies. Guy groupies are stalkers.
14. Do not start with us. You will not win.
15. Would you like it if a guy treated your sister that way? Didn’t think so.
16 If you ask nicely, we`ll answer the same way.
17. We will never have enough clothes or shoes.
18 Open the door for us no matter where we are.
19. We love surprises.
20. Pay attention to the little things we do, because they mean the most.
21. Always brush your teeth before you see us. A fresh mouth and white teeth are a necessity.
22. Clean your room before we come over.
23. Even though you’re sometimes insensitive and hurt us, we still love you with everything we are.
24. Don’t act hard around your friends
25. Sometimes “NO” really means “NO!”.
26. “Wife beaters” are not an adequate form of fashion.
27. Sensitive guys are great.. but crying more than we do in a movie just isn’t right.
28. Don't let ex-girlfriends cause drama, relationships are stressful enough.
29. It takes a special kind of stupid to forget birthdays.
30. “Fat chicks” have feelings, too.
31. Silent treatment, shoulder shrugs, tears, yelling, & nasty looks add up to = YOU DiD SOMETHiNG WRONG.
32. The excuse “I can’t dance” is unacceptable. We'll appreciate the simple fact that you're trying.
33. Just because a girl doesn't pick up on the first ring, doesn't mean she's not waiting by the phone.
34. You don't have to spend a lot; if it means a lot.
35. Don't say you love me if you don't mean it.
36. Don't lie to us. We will catch you.
37. Don't you ever answer our question with only ONE word! We hate it!
38. Just BE by our side when shopping means you are not allowed to flirt while we shopping!
39. Please give us some comment while shopping.. it's compulsory.
40. When the girls get together, we talk about everything. Meaning, my best friends know everything about you.

Jadi kena tahulah ye utk lelaki2 kat laur sana tu..Perempuan biasanya melakukan sesuatu perkara tu bersebab..Antaranya because to show that they are really love u boy..!!!

P/S : yang kaler merah tu mean antara yang penting utk lelaki tahu yer..


~ Isnin, 31 Mei 2010 1 comments

...Award for Blogger Friend...


Selamat pagi..hihi...Lama dh xupdate entri kt blog nih...Ari nih sya nk bagi buah tangan kat kengkawan team blogger yang byk beri tunjuk ajar n bagi semangat n xkedekut ilmu dalam berkongsi ilmu ber blogging nih..hihihi...Ari nie saya nak hadiahkan award ni buat 3 rakan blogger yang telah lama saya perhatikan perkembangan dan kebolehan diorang dalam bab blogging dan kekerapan diorang singgah di blog saya nih..Dengan ini, saya selaku pemilik blog nih ingin memberi award kepada 3 org rakan blogger saya iaitu pemilik blog,




P/s : Kepada penerima award, sila amik award anda didalam kotak award disebelah kanan..
Kepada rakan2 blogger yang lain..,anda juga akan mendapat award daripada saya jugak hanya dengan syarat anda rajin2 la jenjalan kat blog nie orait...Award akn diberi pada setiap minggu....Award bagi setiap minggu adalah berbeza..






~ Khamis, 27 Mei 2010

Daus AF8 - Kenapa


Daus - Kenapa 
Tubuhku menggeletar…
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? (ulang)

Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

~ Selasa, 25 Mei 2010

Adira AF8 - Ku Ada Kamu


KU ADA KAMU – ADIRA AF8
Di kala ku kehilangan



Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh



Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti



Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh



Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu



Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

~

Kebesaran & Tanda kekuasaan Allah S.W.T


Sesungguhnya kita ini hanyalah insan yang kerdil yg kadang kala alpa dan leka dengan dunia yg semn=entara ini..Tanpa kita sedari, kadang kala kita melupai Dia, tuhan seluruh alam semesta yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana...Sesungguhnya telah banyak kebesaran Allah tuhan yang ada di dunia ini...Tetapi manusia adakalanya tidak menyedarinya..Tengoklah antara kalimah2 perkataan Allah yg muncul dimana2 saja kat bawah ni..













~ Isnin, 24 Mei 2010 1 comments

Guru cabul lima murid..


Diajak tonton filem lucah sebelum dirogol!!!

SIBU: Seorang guru lelaki didakwa mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Bungan, Dalat, kira-kira 80 kilometer dari sini, ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka. 

Difahamkan, kegiatan guru berusia 32 tahun itu bermula Mac lalu sebelum kejadian terbaru dilaporkan berlaku di kediamannya pada minggu lalu membabitkan seorang murid Tahun Enam yang juga adik iparnya.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu petang kelmarin, selepas semua mangsa bersama guru besar sekolah berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.
“Dalam kejadian terbaru 8 Mei lalu, seorang mangsa mendakwa suspek membawanya ke kuarters guru berdekatan sekolah bagi menonton filem lucah bersama sebelum dia dirogol. 

“Bagaimanapun pemeriksaan yang dilakukan ke atas mangsa di Hospital Sibu pagi tadi (semalam) mendapati tidak berlaku sebarang unsur rogol dengan kita meminda kes berkenaan kepada cabul,” katanya ketika dihubungi. 

Suspek yang bertugas hampir 10 tahun di sekolah itu dikatakan berkahwin dengan isterinya yang juga bekas anak muridnya tahun lalu. 

Shafie berkata, empat lagi mangsa mendakwa dicabul suspek selepas dipanggil menemuinya di makmal sekolah, namun diberi amaran agar tidak memaklumkan kejadian berkenaan kepada guru lain. 
“Perbuatan suspek hanya diketahui selepas seorang mangsa yang juga adik iparnya memaklumkan kejadian kepada seorang guru wanita sekolah berkenaan awal minggu lalu. 

“Kita akan meminta bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah bagi menahan suspek untuk siasatan berikutan kawasan berkenaan terletak di bawah jagaan pejabat polis berkenaan,” katanya. 

Sementara itu Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang berkata, pihaknya sudah menerima laporan dari Pegawai Pelajaran Daerah Dalat semalam dan menyerahkan kes itu kepada polis. 

Katanya, jika didapati bersalah, JPN akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung guru berkenaan sebelum boleh membuangnya.

~ Jumaat, 21 Mei 2010 8 comments

Amah "main" dengan budak 11 tahun..


SINGAPURA: Seorang amah Indonesia mengaku melakukan hubungan seks dengan anak majikan berusia 11 tahun selepas membelai budak lelaki itu. 

Mahkamah diberitahu, pembantu rumah berusia 27 tahun itu menghentikan perbuatannya selepas terdengar suara majikan pulang ke rumah, lapor Berita Harian, semalam. Kejadian berlaku pada Jun tahun lalu.
Kejadian lain pada 25 Disember lalu berlaku apabila budak lelaki berkenaan yang ketika itu berusia 12 tahun, ditarik ke dalam bilik selepas ke tandas.
Nenek yang berkongsi bilik dengan mangsa mencarinya selepas menyedari dia tidak pulang ke bilik mereka. 

Si nenek berteriak sebaik melihat kelakuan seks oral terhadap cucunya menyebabkan suspek menghentikan perbuatan itu. 

Hakim menetapkan 2 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman.

~ 2 comments

Lukis nabi di Facebook cetus perang..!!!


SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook. 

Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang.

Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu.
Sehingga kelmarin, lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah. 

Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad 
Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei. 

Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu. 
Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan. 

Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi. 

Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya.

~ 1 comments

Lelaki pakai tuala wanita



KUALA LUMPUR 19 Mei - Penyeludup dadah tidak pernah kering idea untuk memperdayakan pihak berkuasa daripada menghidu perbuatan jenayah mereka.
Terbaru, seorang lelaki warga Malaysia sanggup memakai tuala wanita berisi dadah jenis syabu untuk diseludup ke Indonesia.


Namun, helah lelaki itu akhirnya terbongkar apabila dia ditangkap oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta, semalam.
Sumber polis memberitahu, suspek ditahan oleh pihak berkuasa lapangan terbang terbabit selepas berada dalam keadaan mencurigakan sebaik sahaja tiba dari Kuala Lumpur menaiki sebuah pesawat.
Beliau berkata, ujian X-ray yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia memakai sehelai tuala wanita di celah kelangkang seluarnya.


"Hasil pemeriksaan, pihak berkuasa menemui satu bungkusan plastik berisi 480 gram syabu yang dilekatkan pada tuala wanita yang dipakai suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, suspek juga menyembunyikan 0.4 gram serbuk dadah jenis heroin dalam sarung telefon bimbitnya.
Beliau berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu sudah lama menjadi perhatian pihak berkuasa Indonesia kerana pernah dikesan empat kali menyeludup dadah ke negara itu tetapi berjaya melepaskan diri.
"Suspek ditahan setelah pihak berkuasa curiga melihat tubuhnya yang tidak stabil seolah-olah di bawah pengaruh dadah," katanya.


Sumber polis berkata, penahanan suspek adalah kes kedua rakyat Malaysia ditangkap kerana cuba menyeludup dadah ke Indonesia pada bulan ini.
Jumaat lalu, seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Chuin Hwa, 27, ditahan di Jakarta bersama dadah seberat 5.6 kilogram bernilai lebih RM100,000 disembunyikan dalam bagasinya.

~ Khamis, 20 Mei 2010 5 comments

Hukuman penjara untuk ahli parlimen kinabatangan


KUALA LUMPUR 19 Mei - Secara tiba-tiba, suasana di dalam dewan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini hari ini bertukar menjadi senyap dan sunyi.
Semuanya berpunca daripada keputusan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad yang menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Dengan keputusan itu, Bung Moktar menjadi ahli Parlimen pertama di negara ini yang dihukum penjara atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.
Isteri keduanya, pelakon Zizie Izette yang duduk di sebelah Bung Moktar, kelihatan terkejut dan terus memandang ke arah suaminya sebaik mendengar keputusan itu.
Zizie atau nama penuhnya, Zizie Izette A. Samad pula didenda RM1,000 atau penjara sebulan bagi kesalahan yang sama.

Bung Moktar atau nama sebenarnya, Moktar Radin, 51, juga didenda RM1,000 atau penjara sebulan kerana bersubahat dengan Zizie untuk berpoligami tanpa kebenaran.
''Tertuduh merupakan seorang ahli Parlimen yang terlibat dalam meluluskan sesuatu undang-undang. Beliau seharusnya menghormati dan mendukung undang-undang tersebut tidak kira undang-undang sivil atau syariah.
''Tertuduh wanita pula seorang pelakon wanita Muslim yang menjadi idola dan ikutan.
''Sekiranya kedua-dua mereka tidak boleh mengikut undang-undang, ia menunjukkan seolah-olah undang-undang syariah boleh dipermainkan oleh mereka yang berpengaruh dan berkepentingan,'' katanya.
Hukuman pemenjaraan itu dilihat agak sukar dipercayai oleh keluarga mertua Bung Moktar termasuk ibu mertuanya, Khaty Fauziah.

Ahli Parlimen yang pernah digelar Bigfoot itu bagaimanapun berjaya dalam permohonannya untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan.
Sementara rayuan didengar dan diputuskan, Bung Mokhtar diikat jamin RM1,000 beserta seorang penjamin dengan syarat notis rayuan perlu difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dalam tempoh 14 hari dan salinan notis itu perlu diserahkan ke mahkamah tersebut.

Pada prosiding hari ini, hakim syarie tersebut turut mendenda RM1,000 atau penjara enam bulan ke atas enam individu termasuk pelakon wanita itu kerana bersubahat dengan Bung Moktar yang berpoligami tanpa kebenaran.
Mereka ialah abang pemegang watak utama drama Aduhai Esah, Datuk Ahmad Shahazmi, 42, dan Samzy Fuzette, 34; adik mereka, Shaheizy Sam, 28; serta dua rakan Bung Moktar iaitu Sahari Ahmad, 54, dan Titing Putang, 56.
Ahmad Shahazmi yang juga wali kepada Zizie dan dua adik lelakinya itu turut menghadapi tuduhan tambahan iaitu menikahkan pelakon wanita itu serta menjadi saksi perkahwinan tersebut.

Bagi kesalahan ini, mahkamah menjatuhkan denda RM1,000 setiap seorang atau penjara sebulan.
Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman, Wan Mahyuddin menyatakan, pernikahan yang tidak mengikut prosedur yang sepatutnya boleh dianggap sebagai pernikahan sindiket.

''Perkahwinan merupakan satu perjanjian yang agung sebab ia memastikan keturunan atau nasab yang soleh dan solehah.
''Dan oleh sebab itu, adalah perlu pasangan menzahirkan dan memasyhurkan perkahwinan masing-masing mengikut kemampuan tanpa dirahsiakan,'' katanya.
Hakim syarie itu juga menyatakan pernikahan tersebut mungkin sah kerana ia memenuhi rukun nikah tetapi ia juga perlu dilihat dari sudut undang-undang syariah Islam.
Hakim itu juga sempat menegur kesemua saksi perkahwinan tersebut.

Wan Mahyuddin menyatakan, abang dan adik lelaki Zizie serta rakan-rakan Bung Moktar sepatutnya membantu pasangan itu agar perkahwinan tersebut dapat dilangsungkan dengan betul dan mengikut hukum syarak.
Selesai prosiding, pihak media terpaksa menunggu pasangan itu hampir dua jam bagi mendapatkan reaksi mereka.
Bung Moktar bagaimanapun enggan mengulas panjang dan hanya menyatakan beliau menerima keputusan tersebut dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
Zizie pula dengan ramah hanya berterima kasih kepada media yang hadir pada prosiding tersebut tanpa menjawab sebarang pertanyaan.

Peguam syarie Amli Embong yang mewakili semua tertuduh ketika ditemui pihak media turut memberitahu, pihaknya akan memfailkan permohonan pengesahan perkahwinan dan poligami pasangan itu dalam masa yang terdekat.

sumber

~ 0 comments

Bangkok : Wartawan Itali antara 6 terbunuh


BANGKOK: Seorang wartawan Itali antara enam yang terbunuh ketika tentera Thailand merempuh tapak perhimpunan penunjuk perasaan antikerajaan di tengah-tengah ibu kota ini semalam, menamatkan bantahan jalanan selama lebih dua bulan yang diadakan untuk memaksa parlimen dibubarkan. 

“Seorang lelaki Itali bernama Fabio Polenghi ditembak dan maut sebelum tiba di hospital.

“Mangsa seorang wartawan. Dia ditembak di perut,” kata Pengarah Hospital Polis, Jongjet Aoajenpong.
Selain wartawan yang berusia 45 tahun itu, lima orang lagi maut dan ramai cedera, kata seorang jurucakap polis, Mejar Jeneral Piya Uthayo, selepas kenderaan berperisai tentera merempuh halangan penunjuk perasaan Baju Merah bagi membolehkan tentera bersenjata mara ke kubu kumpulan itu di kawasan beli-belah mewah Bangkok. 

Seorang jurugambar AFP melihat dua penunjuk perasaan maut dalam keadaan terbaring di tanah selepas ditembak di kepala apabila tentera mara ke dalam kubu, di mana beberapa ribu penunjuk perasaan berada di sana walaupun kerajaan memberi amaran supaya beredar. 

Hospital Polis berkata, 60 orang cedera termasuk dua wartawan asing. 

“Saya ditembak dari belakang dan mengenai bahu. Ia kecederaan pada daging,” kata seorang wartawan dari televisyen Belanda, Michel Maas kepada AFP di hospital. 
Seorang lagi wartawan warga Amerika ditembak pada kaki dan cedera parah. 
Sementara itu, penunjuk perasaan mencetuskan kebakaran pada bangunan stesen televisyen Channel 3, memerangkap 100 kakitangan di dalamnya. 

Tentera mengerahkan helikopter untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap. 
“Bangunan itu dibakar oleh penunjuk perasaan dan apabila kami mengerah bomba, kenderaan mereka pula diserang,” kata jurucakap Jabatan Bomba. 

Pengurus Channel 3 berkata, kakitangan stesen itu terperangkap di tingkat enam yang terbakar. Bangunan stesen televisyen itu terletak di jalan yang menuju ke tempat perhimpunan penunjuk perasaan yang dirempuh tentera. 

“Lebih 100 kakitangan kami yang terperangkap dalam bangunan itu sudah berjaya dibawa keluar,” kata Pengarang Berita Channel 3, Samran Chatto. 



sumber 

~ 0 comments

Related Posts with Thumbnails

BannEr BloGgEr