^_^ enJoy tHe LiFe ^_^: Wanita paling seksi di DUNIA..!!!
Jangan lupa klik Nuff yer...n b my follower... :)

Wanita paling seksi di DUNIA..!!!

~ Rabu, 12 Mei 2010



LOS ANGELES: Nama Marissa Miller mungkin tidak diketahui ramai namun jelitawan Amerika Syarikat itu kini secara rasminya adalah wanita paling seksi di dunia bagi 2010.


Supermodel itu yang sering tersiar dalam edisi pakaian mandi majalah Sports Illustrated menjuarai tinjauan antarabangsa majalah FHM selepas meraih sokongan lebih sejuta undi.


Tahun lalu, beliau ‘mencuri’ gelaran wanita paling seksi di dunia daripada aktres terkenal, Megan Fox. Selain kerap menghiasi muka depan majalah, Marissa juga adalah duta motosikal Harley-Davidson dan firma pakaian dalam wanita, Victoria’s Secret. 


Berusia 31 tahun dan berkahwin dengan pencipta lagu, Griffin Guess, jelitawan itu berasal dari Santa Cruz, California dan menjadi model sejak berusia 16 tahun. 

Anehnya, sekalipun profil beliau begitu mengagumkan selepas diberi liputan oleh majalah tersohor termasuk Vogue, Marissa belum lagi mencapai status seperti jelitawan lain, lapor Daily Mail. 

Bagaimanapun, itu mungkin tidak penting baginya selepas memenangi tinjauan FHM membabitkan pembaca majalah itu di 24 negara termasuk Amerika, Britain, Australia, China, Perancis, India dan Afrika Selatan. 
Penyanyi Cheryl Cole, anggota kumpulan ‘Girls Aloud,’ menang kedudukan teratas bagi kategori wanita paling seksi di Britain dengan Marissa di tempat ketiga. 

Pengarang FHM UK, Colin Kennedy, menjelaskan tarikan supermodel itu dengan berkata: “Marissa memiliki tarikan seks yang menjadi tumpuan lelaki di seluruh dunia. 

“Sokongan kepadanya agak besar dari 20 negara. Beliau menerima undi terbanyak berbanding orang lain. Oleh itu, Marissa secara rasminya adalah wanita paling seksi di dunia.” 

Bagaimanapun, Marissa yang gemar dengan sukan luncur air, enggan bermegah dengan berkata: “Saya gembira dengan perkara itu tetapi tidak mahu terlalu bermegah dengannya. Lagipun, saya hanya seorang model bukannya orang yang berjaya menemui penawar barah.” 

Marissa yang bakal menunjukkan aksinya di depan kamera bagi FHM UK lewat tahun ini adalah antara 42 jelitawan Amerika dalam senarai 100 paling seksi di Britain. 

sumber
< Berita Harian >

Comments
1 Comments
    
    

1 comments:

NiZaM Limited berkata...

ehem..kalo bleh kasi tayang la skali gambar aweks seksi tu. baru la bleh terliur sambil baca entri atas ni. ahaks..

Catat Ulasan

..pas Baca kOmen la k..

Related Posts with Thumbnails

BannEr BloGgEr