^_^ enJoy tHe LiFe ^_^: Bangkok : Wartawan Itali antara 6 terbunuh
Jangan lupa klik Nuff yer...n b my follower... :)

Bangkok : Wartawan Itali antara 6 terbunuh

~ Khamis, 20 Mei 2010

BANGKOK: Seorang wartawan Itali antara enam yang terbunuh ketika tentera Thailand merempuh tapak perhimpunan penunjuk perasaan antikerajaan di tengah-tengah ibu kota ini semalam, menamatkan bantahan jalanan selama lebih dua bulan yang diadakan untuk memaksa parlimen dibubarkan. 

“Seorang lelaki Itali bernama Fabio Polenghi ditembak dan maut sebelum tiba di hospital.

“Mangsa seorang wartawan. Dia ditembak di perut,” kata Pengarah Hospital Polis, Jongjet Aoajenpong.
Selain wartawan yang berusia 45 tahun itu, lima orang lagi maut dan ramai cedera, kata seorang jurucakap polis, Mejar Jeneral Piya Uthayo, selepas kenderaan berperisai tentera merempuh halangan penunjuk perasaan Baju Merah bagi membolehkan tentera bersenjata mara ke kubu kumpulan itu di kawasan beli-belah mewah Bangkok. 

Seorang jurugambar AFP melihat dua penunjuk perasaan maut dalam keadaan terbaring di tanah selepas ditembak di kepala apabila tentera mara ke dalam kubu, di mana beberapa ribu penunjuk perasaan berada di sana walaupun kerajaan memberi amaran supaya beredar. 

Hospital Polis berkata, 60 orang cedera termasuk dua wartawan asing. 

“Saya ditembak dari belakang dan mengenai bahu. Ia kecederaan pada daging,” kata seorang wartawan dari televisyen Belanda, Michel Maas kepada AFP di hospital. 
Seorang lagi wartawan warga Amerika ditembak pada kaki dan cedera parah. 
Sementara itu, penunjuk perasaan mencetuskan kebakaran pada bangunan stesen televisyen Channel 3, memerangkap 100 kakitangan di dalamnya. 

Tentera mengerahkan helikopter untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap. 
“Bangunan itu dibakar oleh penunjuk perasaan dan apabila kami mengerah bomba, kenderaan mereka pula diserang,” kata jurucakap Jabatan Bomba. 

Pengurus Channel 3 berkata, kakitangan stesen itu terperangkap di tingkat enam yang terbakar. Bangunan stesen televisyen itu terletak di jalan yang menuju ke tempat perhimpunan penunjuk perasaan yang dirempuh tentera. 

“Lebih 100 kakitangan kami yang terperangkap dalam bangunan itu sudah berjaya dibawa keluar,” kata Pengarang Berita Channel 3, Samran Chatto. 



sumber 

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Catat Ulasan

..pas Baca kOmen la k..

Related Posts with Thumbnails

BannEr BloGgEr