^_^ enJoy tHe LiFe ^_^: Bangkok : Rusuhan meletus di tengah Bangkok
Jangan lupa klik Nuff yer...n b my follower... :)

Bangkok : Rusuhan meletus di tengah Bangkok

~ Khamis, 20 Mei 2010






BANGKOK: Pemimpin kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan Baju Merah menyerah diri semalam selepas tentera merempuh ‘kubu’ mereka di kawasan beli-belah Ratchaprasong di tengah Bangkok, namun penyokong mereka bertindak membakar sekurang-kurangnya 20 bangunan ketika melarikan diri.

Satu daripada pusat beli-belah terbesar di Thailand, Central World adalah antara bangunan yang dibakar penunjuk perasaan yang merusuh selepas tindakan tentera itu yang bermula 8 pagi waktu tempatan semalam.

Pusat beli-belah itu terletak bersebelahan tapak perhimpunan Baju Merah yang menganjurkan bantahan sejak lebih dua bulan lalu.
Selain pusat beli-belah itu, turut dibakar ialah bangunan stesen televisyen, bursa saham dan cawangan Bangkok Bank.

Media tempatan memetik gabenor Bangkok sebagai berkata, beliau tidak akan mengerahkan bomba untuk memadamkan api kerana bimbang mereka diserang penunjuk perasaan.

Jurucakap polis kebangsaan, Leftenan Jeneral Pongsapat Pongcharoen, berkata tiga tingkat pertama pusat beli-belah itu terbakar tetapi tiada orang di dalamnya.

Kerajaan mengisytiharkan perintah berkurung dari jam 8 malam hingga 6 pagi di Bangkok dan operasi tentera akan berterusan hingga larut malam. 
Ia juga mengenakan larangan siaran liputan stesen televisyen tempatan melainkan bahan yang disediakan oleh kerajaan.

Sementara itu, empat pemimpin Baju Merah yang sebelum ini menuntut Parlimen dibubarkan segera, menyerah diri kepada polis selepas pasukan keselamatan menggempur tempat perhimpunan mereka.

Tentera yang menggunakan kereta perisai dan melepaskan tembakan menggunakan senjata separa automatik, sebelum itu memasuki kawasan perhimpunan di kawasan komersil Bangkok itu yang dikuasai penunjuk perasaan lebih enam minggu lalu, sehingga melumpuhkan perniagaan pusat beli-belah dan hotel mewah.

Seorang wartawan asing menyatakan, ketika pasukan keselamatan semakin menghampiri kawasan tunjuk perasaan, pemimpin kanan mereka menaiki pentas dan menawarkan menyerah diri, manakala penyokong menggesa mereka terus berjuang.

Ramai penunjuk perasaan menjerit dan menangis ketika bunyi tembakan mula kedengaran.

Tentera melepaskan gas pemedih mata dan tembakan menggunakan raifal automatik, tetapi menghentikan tindakan sebelum tiba di pentas di mana kira-kira 3,000 penunjuk perasaan berhimpun.

Jurucakap kerajaan, Panitan Wattnayagorn, berkata tentera berjaya menguasai kawasan Taman Lumpini di bahagian selatan lokasi tunjuk perasaan.



sumber

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Catat Ulasan

..pas Baca kOmen la k..

Related Posts with Thumbnails

BannEr BloGgEr